Thursday, January 12, 2012

malas nak cakap pasal ADAM ADLI



adoiyai.. aku ni menyampah sangat nak cakap pasal isu semasa dalam blog aku.. sebab tu korang kalau baca.. semua pasal kisah hidup aku... apa aku lalui.. apa aku baca.. pengalam orang sekeliling.. persoalan-persoalan yang di keudarakan dan sebagainya... kalau nak cakap pasal isu semasa.. memang la banyak.. memang la sedap di kupas.. trafik pun tinggi... buat apa trafik tinggi tapi hakikat.. hati dan jiwa perit .. perit dan meluat dengan situasi... menyampah dengan orang yang over acting...contoh ..kisah adam adli..

kisah adam adli ni ramai sangat yang kupas.. yang menyokong dan membangkang.. yang mempertikaikan hukuman dan sebagainya.. semuanya mengaitkan politik.. ya.. betul.. sebab apa??? sebab  dia dan kawan-kawannya sendiri datang dengan tujuan politik.. aku sangat tak arif pasal kes dia ni... senang kata... aku malas nak ambik tahu sangat-sangat.. cukuplah sekadar aku tahu sikit-sikit.. nak ambil serius dan betul-betul terperinci.. aku jadi sakit hati.. sakit hati sebab apa?? sebab kebiadaban dia.. kebiadaban apa dia buat sampai akui sakit hati? sebab dia meraha kan PM ? sebab dia turunkan bendera PM? sebab dia student anti kerajaan? tak.. bukan sama sekali... tetapi aku benci dengan sifat bongkak dan riak yang ada dalam diri dia... sikap berbangga dengan kemungkaran dia buat.. kemungkaran apa plak ni??? dia bukan buat maksiat.. dia bukan beromen depan orang ramai... ya... memang bukan... tapi sedar tak kita... bertindak mengikut emosi itu adalah bisikan syaitan? sedar tak kita... berjuang menggunakan emosi benci itu adalah hasutan syaitan? tahu tak kita... berngbangga dengan kejahatan di lakukan itu menunjukkan peranda akhir zaman??? 

aku simpulkan segala mengikut logik akal aku... :

kita tak suka dengan jiran selang 44 rumah kita ni... kita memang meluat sangat.. cakap tak serupa bikin... tapi masalahnya.. kita ni bersua muka pun tak pernah... hanya dengar cakap-cakap orang.. itu dan ini pasal si polan ujung sana... satu hari.. kita niat nak pegi rumah dia.. nak bagi tahu dia..apa yang kita tak suka .. apa kita nak dia buat dan sebagainya.. dan kita melangkah kerumah dia... masa sampai di laman.. kita tengah tunggu ahli keluarga tuan rumah ni.. nak bagi list dan surat meluah rasa ni... tapi masa tengah tunggu tu.. kita main alih-alihkan pasu dia.. dengan harapan.. tuan rumah tahu yang kita tak suka dia... 

aku nak tanya korang la... adakah itu sikap yang baik? adalah itu amalan yang baik? adakah itu akhlak yang rasulallah tuntut kita buat??? 

melangkah ke kawasan orang.. kenalah jaga hak-hak serta adab.. jadi.. adakah salah, anak beranak saudara mara si tuan rumah berasa hangen dengan tindakan biadap tu? memanglah alaaa. sekadar alaih-alihkan... tapi letak balik bukan buangkan pun.. tapi adakah itu adab yang baik? sedangkan anda yang memasuki laman rumah orang??  kalau logik akal.. logik akhlak islam.. adakah perlu kita merendah diri meminta maaf? perlukan? tapi nak ke orang tu minta maaf?? tak nak.... adab yang baik ke?

lagi satu lepas dia dijatuhi hukuman gantung 3 semester... dia di gantung atas sebab, dia memalukan nama UPSI.. bukan kerana.. dia dia turunkan bendera PM.. memanglah sebab tindakan menurun bendera.. tetapi dia menurun bendera dengan membawa nama UPSI di bahu dia... seorang bapa.. kalau dah tahu anak dia tu memalukan nama dia... walau menyokong apa dia nak buat.. tapi tindakan dia agak melampau... kalau tak di bantai.. kompem di bebel.. jadi salah ke tindakan UPSI? kenapa nak di koyak kan surat hukuman depan wartawan.. konon nak tunjuk dia tak gentar... dia tak  belajar ke adab belajar... HORMATILAH GURU KAMU.. KERANA GURU KAMU ADALAH GEDUNG ILMU MU.. TANPA GURU KAMU. KAMU SERUPA SEPERTI KALDAI YANG HANYA MENGIKUT TELUNJUK TUAN MU..

 adoi.. kan tak pasal-pasal aku dah membebel... erggghhh... tapi korang ketahui lah...

dia tu budak PKR ke.. dia tu budak UMNO ke.. dia tu budak PAS ke.. dia tu budak PEMBANGKANG BEBAS ke... kalau dah cara bangang dia buat... pada aku tetap dia adalah bangang... tak boleh ke besok.. dia ajar anak aku.. nyatakan dan bincang dengan ibu bapa apa yang di kehendaki,, apa yang tak di sukai .. bukan dia ajar anak aku.. memberontak serupa orang tak de tamadun... maaf lah ya.. pendapat peribadi. nak lahar aku pegi tempat lain.. ni blog aku...



Wednesday, January 11, 2012

lagu tema - Tuhan Berikan Aku Cinta by Ayushita

sedikit terpana... mula-mula terdengar lagu istikharah cinta.. terdetik pula nak tukar lagu tema blog.. tapi rasa macam tak sesuai je istikharah cinta.. tiba-tiba terpandang plak tajuk lagu ni... cuba dengar... dengan hayati lirik dia.. MasyaAllah.... kena habes dengan aku.. terus upload untuk blog.... teringin gak aku nak highlight kan mana yang terkena.. sekali baca balik... adussss semua daaaaa.... ekekekeke... jadi aku boldkan jerkla lirik nih ..



Walau aku senyum bukan berarti 

Aku selalu bahagia dalam hari 
Ada yang tak ada di hati ini 
Di jiwa ini hampa 

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku 
Mungkin akan ada cerita cinta 
Namun ada saja cobaan hidup 
Seakan aku hina 

Tuhan berikanlah aku cinta 
Untuk temaniku dalam sepi 
Tangkap aku dalam terang-Mu 
Biarkanlah aku punya cinta 

Tuhan berikanlah aku cinta 
Aku juga berhak bahagia 
Berikan restu dan halal-Mu 
Tuhan beri aku cinta 

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku 
Mungkin akan ada cerita cinta 
Namun ada saja cobaan hidup 
Seakan aku hina 

Tuhan berikanlah aku cinta 
Untuk temaniku dalam sepi 
Tangkap aku dalam terang-Mu 
Biarkanlah aku punya cinta 

Tuhan berikanlah aku cinta 
Aku juga berhak bahagia 
Berikan restu dan halal-Mu 
Tuhan beri aku cinta




Monday, January 9, 2012

M - A - T - I

" Walau bagaimanapun keadaan yang bergolak dalam pemikiran manusia. Namun Islam menganjur 
umatnya (sunat) supaya mengingati mati. Samada cara termenung menggambarkan saat-saat 
kematian itu ditempuhi, menziarahi orang sakit, menziarahi kubur, menghantar jenazah ke kubur 
dan sebagainya.    
Mengingati mati adalah berbeza hukumnya dengan bercita-cita hendak mati, kerana 
bercita-cita hendak mati yang nekad dengan putus asa, tidak sabar atas penderitaan adalah
 bukan sifat seorang Islam mukmin dan ditegah oleh syarak ( haram ) kerana nekad 
sedemikian kadangkala boleh membawa pembunuhan diri.  
Adapun memohon dipendekkan umur dengan sebab kezaliman yang berlaku dan tidak ada 
jalan bagi menghindarinya adalah diharus dengan secara bersandar, seperti kata doanya, bermaksud : 
"Ya Allah hidupkanlah aku sekiranya kehidupan itu memberi kebaikan kepadaku dan matikanlah aku sekiranya kematian itu menjadi kebaikan kepadaku" "

sumber  :  JAKIM



assalamualaikum...

selamat pagi kawan-kawan dan juga para pengunjung blog hestyrezyuda yang serba kekurangan ni... pagi-pagi lagi aku dah buka topik mati.. kenapa? sebab 2 hari lepas, aku telah mendapat 1 sms dari seorang  kenalan yang agak rapat juga... dalam sms dia berkata macam ni... ( minta izin ya.. untuk renungan pembaca lain juga....... )


" Salam kak... 
salah ke kalau kita ingat mati ? 
Orang selalu cakap, kita akan mati dekat dengan tarikh lahir kita,,, 
next week hari jadi saya,,, 
tapi, minggu ni,  saya asyik ingat mati je.. saya takut "

macam kat atas tu.. aku dah letakkan apa pandangan JAKIM dalam mengingati mti ni.. setahu aku pun, hukumnya adalah sunat,... kalau kita fikir makna kita akan dapat pahala...tetapi.. meminta mati.. itu adalah berdosa...

 jujur pada aku.. aku bersyukur sangat.. kawan-kawan aku  ada perasaan macam ni.. lepas seorang.. seorang... aku bersyukur sangat-sangat... bukan kah, bila bila mengingati mati ni... maka kita akan secara otometik, menghindarkan diri dari melakukan dosa-dosa... secara tak langsung.. sebab apa? kita tengah mengingati mati.. azab siksa menghadapi sakaratul maut.. azab siksa balasan dalam kubur dan sebagainya... masakan kita masih boleh lagi memijak kaca..sedangkan kita tahu kita akan sakit,kaki kita pasti akan terluka bila kita memijaknya..?


JUJUR.. aku berterus terang.. aku bukanlah orang yang baik. sampai aku mendakwah kearah kebaikan ini.. aku tidak menafikan...  pada waktu ini juga.. kadang kala aku masih lalai... kadang kala aku masih lewa.. kadang kala aku dengan sengaja melakukan dosa... NAUZUBILLAH............ 

aku  juga macam korang semua... merangkak mencari keredhaan Allah... merangkak mencari iman.. merangkak mencari nikmat ibadah... selalu terkucil... terkeluar dari landasan hati... ASTAGHFIRULLAH... ingatlah kawan-kawan... kuatnya hati kita untuk mendekati islam... mendekati Allah... maka akan kuat juga dugaan yang datang... 1001 macam cubaan yang hadir pada kita...  kat sini aku nak kongsi 1 kisah aku... yang betul2 menggugatkan iman....

aku tak segan kat sini untuk mengaku, aku mempunyai masalah kewangan... kadangkala cukup.. tapi selalunya tidak... semua atas kesilapan dan kebodohan aku... aku mengaku.. dan aku bertanggungjawab semua... kadang kala sampai aku menangis.. apakah ada niat yang aku lupakan... sehingga wang gaji aku tidak mendapat keberkatan? apa yang aku lakukan... sehingga aku rasa aku sangat seperti seorang miskin? .. ada 1 ketika.. aku memang memerlukan sangat duit.. tapi aku tak ingat, untuk apa aku nak duit tu masa tu... aku terasa macam aku terdesak gile, sampai aku terfikir.. aku nak kerja part time..biarlah tak cukup tido ke apa..... dan tahu tak kalian.. apa offer yang aku dapat? aku di tawarkan seorang lelaki tua.. untuk menjadi scandal... dan dia akan spedo hidup aku...pergh..! lumayan siot...bukan hari-hari kena layan si kerepot tu... dan bukannye kena layan dia sex.. hanya sebagai peneman berbual dan mungkin tak mustahil touching-touching sikit lah kot... dalam aku berkira-kira tu... tiba-tiba datang satu ilham pada aku... 

"ima.. kau nak mampos? kau dah tahan sangat rasa panas api kat dunia ni sampai kau nak hidup berjuta tahun dalam neraka? kau dah cukup tahan ke nak disiksa? kau tak kesian ke mak bapa kau? dari diorang boleh masuk syurga.. di sebab kan kau.. diorang masuk  neraka? apa jenis anak kau ni?"

ya Allah... lillahi... sangat tersentap... bila lagi mengenangkan mak dgn ayah.. aku terus istighfar... istighfar..istighfar... sampai hati aku kuat... dan aku ucapkan alhamdulillah... semuanya masih dan pegangan islam... aku bersyukur.. aku istikharah dan solat hajat, untuk selesaikan masalah aku.. dalam alhamdulillah... sekarang.. walau hidup bersederhana... tapi aku tenang... sangat tenang... nak-nak lagi.. bila aku berjaya melengkapkan solat aku kepada 5 waktu... dan aku bertambah happy.. kalau aku dapat lawan nafsu aku untuk tengok slot drama yang selalu start kul 7 petang sampai jam 8 malam, yang buatkan aku selalu lewat sembahyang.. dn tak sempat mengaji... alhamdulillah...


aku tak tahu mana relevannya... cerita kisah aku tu dengan tajuk entri ni... ekekeke.. tapi mana yang baik.. yang boleh korang buat teladan.. buatlah... tolong lah aku.. selalu peringat kan aku yang lalai ni... aku mohon jasa baik kawan-kawan... untuk memimpin aku kejalan Allah... sesungguhnya.. aku telah jauh tersasar...

 terima kasih kawan-kawan..segala salah silap harap di maafkan... 



Wednesday, December 28, 2011

cerpen : amim..aku amim (2)

"uncle.. tolong tengok kereta saya kejap boleh? itu belt pomen dah bukak..dia kata bearing problem.. bunyi bising la uncle..." terang ima pada uncle kedai aircond tu..

"jap wa tengok... yalah amoi.. ini bearing lu dengar uncle pusing.. manyak kuat oo.. sudah rosak ini... no function..." balas uncle aircond sambil memainkan lagi bearing..

"berapa kos uncle? .."

"amoi, kalau betul itu bearing saja a... masuk gas balik, dalam rm150 laaa.. tapi wa kena check dulu oo... takut itu compressor ada problem ka.. tak ka... kena tengok dulu laa... "

"uncle tengok la... "

"aiya amoi... lu pun sudah tarik keluar itu belt... uncle kena cabut itu compressor dulu... sikalang uncle takda masa.. ini kereta musat ni... manyak lagi uncle kena buat... ini kereta saja sudah makan 1 hari... tak sempat mau buat kereta lu la amoi... lu mari balik isnin la amoi.. boley ka? "

"alaaaa uncle... saya esok sudah mau naik kl balik maaaa... ini balik kampung saja untuk bawa jumpa uncle.. uncle buat banyk bagus aircond... ahad la uncle.. bikin saya punya kereta 1 saja..."

"bukan tak boleh amoi... esok uncle mau angkt barang pindah rumah.. kalau tak boleh saja uncle tolong.."

"alamak uncle.. tak kan pula saya nak balik KL balik dengan keta tak de aircond ni uncle.. dah lah sekarang musim hujan...susah ooo .."

"tapi memang tak boleh amoi.. uncle tak cukup masa..."

"aduih... macam mana ni....hurm.. tak pelah uncle kalau macam tu.. minggu depan sajalah... rm150 ea? ok.. minggu depan saya balik lagi..."

" ok amoi.. datang pagi tau minggu depan.."

"yelah uncle...tenkiu aa......"


ima meninggalkan kedai uncle aircond tu dengan penuh rasa kerugian....

"errggghh... kena balik lagi minggu depan..aduih.. esok dibuatnye ujan masa drive balik tu.. tak ke mampus.. aduihai...tawakal jerk la aku.... " getus hatinya kerisauan mengenangkan musim hujan yang tidak menentu sekarang... dengan tahap kerabunn yang agak kritikal matanya tu...

ahad ..... 3.30 petang...

"mak..ayah.. ima balik dulu tau.. minggu depan ima balik sini lagi... nak betul kan keta tu.. apek tu dah janji..." seraya dia mencium tangan dan pipi kedua orang tuanya...

"baik-baik bawak kereta tu... ni pun dah redup je.. kalau hujan berhenti.. tak payah jalan paham..?" pesan ayahnya tegas...

"baik ayah..."

"dah sampai mesej ya ima..." pesan emaknya...

"baik mak.... jaln dulu ya..."

keretanya laju meneruskan perjalan menghala ke arah sempang 4 alor gajah melaka..

GEDEBUUUUUUUUUUUURRRRR.... BZZZZZZZZ....

"ah sudah... hujan pulak.... baru nak jimat minyak sikit...zamri tutup tingkap weyh.. kita pasang aircond.." arah Aman kepada sahabatnya itu..

"man... macam mana jumpa anita dengan famili dia semalam...? tanya zamri pada aman yang sedari tadi selepas menjemputnya dari rumah orang tuanya tak bercakap sepatah berkaitan anita...

"hurm.. macam tu je lah... macam mana pulak lagi... cuma tu jelah.. orang kaya kan... semuanya macam kaku je sikit... control mcho orang kata... hahahahahaha" gelak Aman sambil di sambut zamri...

"ish.. boleh tahan lebatnyakan hujan ni... ni yang ada karang sampai KL banjir ni.. nak lepas sempang 4 pun tak terlepas lagi ni man... aduiiihh... kompem macam siput trafik.. dah lah depan tu kang nak masuk dekat bulatan tu dari 2lane jadi 1 lane.." bebel zamri..

"biasa lah tu zam.. tak payah kau nk membebel sangat.." balas aman ringkas..

POOONNN...POOOOOOOOOONNNN...

aman mengelak kan sebuah kereta saga knight yang jalan terlalu lambat dan asyik menekan break..

" hapa lah kereta ni.... jalan lembab macam siput vavi... asyik main break jerk... kau potong dia man... aku kompem mesti pompuan ni... potong man.. haaaaaa ... kan betuuuuulll... apa ke gile ujan lebat bukak tingkap separuh.. aircond rosak la tu... wakakakakaka.... " gelak zamri sambil kepalanya tak lepas memandang kereta yang baru di potong aman.... aman hanya mengerling cermin pandang belakang keretanya melihat kereta yang lembap mcam siput itu...

SKKKRRRRRRREEEEEETTTTTTTTTT...........

"woi man.. ko dah kenapa??????" marah zamri dengan tindakan man yang berhentut tu...

Aman hanya membisu.. sambil tangan dia ligat mencapai payung yang terletak di kerusi belakang...

"Zamri.. kau drive kereta aku ea.. " aman terus keluar tanpa mendengar jawapan zamri....

"apahal plak mamat ni... adoiyai....." ngomel zamri.. sambil menukar seat ke seat pemandu tanpa keluar dari kereta...

"WOI..! GILE KE KERETA DEPAN NI....BREAK  MENGEJUT... BODOH..!"

KLEKUK..  pintu pemandu di buka...


" weyh... weyh... apa ni... bukak pintu orang ni encik...." marah ima seraya memandang orang yang berpayung di sisi keretanya... "erk....."

"amim... kereta awak tak de aircond ea....? dah awak masuk ... duduk kt seat sana.. biar saya bawak kan..." arah Aman...

"eh.. apa ni bro... tak payah laaaa,.." ima cuba menepis...

"dah...dah... sana..sana... cepatla.. hujan lebat ni.... basah saya... sana...sana....." gak mengeras suara aman...

ima bermuka monyok... sambil menukar seat ke bahagian penumpang sebelah..


TAP... pintu di tutup


" mak aih.... panas nye kerusi ni... hah..!lain kali.. kalau kereta tak de aircond... jangan nak bawak, faham... ? kalau jadi apa-apa kan susah... dah tu sorang-sorang pulak tu....kalau berdua, boleh la sorang tolong lap kan cermin kereta.. ini terkial..kial... nasib saya kat belakang awak tadi, tak terlanggar awak..." panjang syarah aman sambil tangannya mengeluarkan handphone.... "zam... kau follow kereta aku bawak ni... ok? thanks.."

aman memberi signal ke kanan dan terus memandu .. ima membantu mengelap cermin depan yang agak terlalu kelabu kerana perlawanan haba sejuk dan haba panas yang di hasilkan manusia... yang membuatkan cermin itu berkabus.... ligat tangan dia mengelap...

" lap cermin depan awak tu nak buat apa.... cermin depan saya ni haaaaa.... nk terkeluar dah bijik mata saya menenun jalan depan ni..." sergah aman..

ima mencebik bibir "huh..sape suruh dia bawak.." mengomel hati ima sambil mengelap cermin di depan aman....

"er... ni awak nak kemana sebenarnya eak..." tanya aman setelah tersedar dia memandu tanpa arah tuju... "di buatnya minah sebelah ni nak ke kedah.. tak ke mampos aku???" getus hatinya...

"eropah..!"

"hah??"aman mula rasa meyirap.. tapi nak tergelak pula dia...

"ingat memang dah pandai sangat.. dah tahu aku nak kemana yang kemain lagi kau take over jadi driver tak bergaji ni...." membebel ima geram...

aman tersenyum mendengar kata ima...

"cepat lah.. saya tanya ni... saya bawak awak lari pegi hadyai kang baru tahu.... stereng saya pegang ni..." ugut aman... dalam hati mengekek-ngekek dia gelak...

"putrajaya..!" ima jawab sambil menjeling aman...

"laaaa dekat je.... ingat sampai rawang tadi....hahahaha.. dah..dah... lap ni.. lap... amboi duduk menyandar plak ya..." saje aman bakar line.. dia tahu minah sebelah dia ni tengah bengang kan dia....dalam hati puas dia gelak...

"eeeeeeeee.. geram nye aku mamat ni.... aku sekeh-sekeh dia kang... grrrrrr.." menyungut ima dalam hati...

" ni selalu masuk tol mana ni... bangi ke kajang?"

"bangi.."

terus aman memberi isyarat ke kiri dan masuk simpang ke arah tol...

kereta terus menuju masuk ke dalam wilayah putrajaya...

"presint berapa.."

"tak payah la... ujan dh berhenti dah pun... kau berhenti je kat sini... aku dah boleh drive..." masam muka ima menjawab..

"presint berapa.."

" tak payaaaaahhh.. kan aku kata tak payah......"

"presint berapa.."

"tak payah lah..! degil lah dia nih.." im dh mula meninggikn suara..

"presint berapa..."

"tak payah!"

"ok... kalu mcam tu terus ke KL lh ye...." aman telah memusing kan stereng menuju ke kuala lumpur..

"grrrrrrrr... PRESINT 18..!"

"ha... kan senang...kalau dari tadi cakap dah sampai dah....bukan kita nak culik dia pun.. " aman tersenyum puas.. dapat juga dia kena kan minah ni...

ima hanya mampu mengetap bibir menahan kegeraman yang tak terbendung...

"dah sampi cik amim... " Aman mematikan enjin kereta seraya sampi di depan apartment ima... kedua-duanya keluar kereta.. muka ima merah... menahan geram... menahan malu ..menahan sakit hati.. sakit jantung.. semuanya lah...

"terima kasih..." balas ima ringkas...

"sama-sama... lain kali belanja saya minum ok... ouh ya... boleh tak minta no telefon?' pinta aman slumber..

" ha??? nak buat apa??!!"

" la... saya kompius la jalan nak keluar ni... kalau saya sesat nanti.. saya nak Tanya kat siapa plak.. kat awak jerk la kan....” balas aman..

“ah..ngada-ngada ar tak tahu jalan...” berkerut kening ima..

“lahaulawala awak ni... erm.. tak pelah... kita dah tolong... kita nk minta tolong..orang plak tak sudi nak tolong.. tak pelah...” rajuk aman..

“0126578942..” jawab ima tak ikhlas.. bengang dia di anggap macam tak mengenang budi... memang dia akui.. jalan dalam putrajaya ni, kadang kala buat rasa keliru... tapi dengan mamat depan dia ni.. dia bagai tak percaya saja..

“uish.. lajunya.. nasib saya ni peka..” membebel aman... dalam hati amin...”yes..yes.. dapat no tipon dia...”

“em.. ok lah cik amim.. saya balik dulu ya..” cakap aman sambil menahan senyum di bibir..

“erm... “ ima balas acuh tak acuh.. bengang dia.. tak diminta tolong suruh tolong.. pastu main ugut-ugut.. memang tension...

Aman melangkah kearah kereta yang dipandu zamri terus dia melompat ke seat penumpang...

“yuuuhuuuuuuuuuuu..!!!!!” jeritnya keriangan...

“woi..! siapa pompuan tu yang tiba-tiba kau jadi hero ni??? Aku tak rasa dia salah sorang dari kawan kita... kawan kau semua aku kenal kot.. nak-nak lagi yang perempuan... anita kan control kau kawan dengan perempun.. dah tu siapa plak miinah siput tu...” jerkah zamri...

“hahahahaha... nantilah aku cerita kat kau zam... aku tengah happy sangat-sangat ni.... kau jangan kacau... dah jalan.. tak nak balik ke kau???” arah aman sambil mulut tak lekang happy nye... gembira betul dia... bukan setakat dia dapat pekenakan si amim tu... bahkan dapat tahu rumah.. bonus lagi no telifon pun dia dapat.... memang sakan la dia punya happy....

Zamri hanya mampu menggelengkan kepala.. sambil ke bingungan dengan keletah aman yang lama sangat dia tak Nampak macam sekarang ni....

“janji ea cerita kat aku.....” ingat kan zam kepada aman... sambil kereta mereka meluncur laju kearah kuala lumpur








p/s : hahahahahaha... mampos aku carik bala ada part la plaaaaaaaaaaaaaaak.... khas untuk elina

klik iklan ni tak kena bayar pun