Friday, June 19, 2009

sarawak

hurm.. macam alergik je aku dgn nama negeri ni..
tapi tiket dah belikan...
nak tak nak.. sentap atau tak.. aku harung juga laaa..
aku pun tak paham.. lantak la wey....
pala dah pening dah nih.. ikut hati nak je aku jerit..
aku rindu giler.. tapi apakan daya..huhuhu

petang ni aku akan gerak ke sarawak
aku tak tahu knp..
aku harap ini dapat menenangkan aku dgn
masalah-masalah kecelaruan perasaan yang aku alami skang.
tapi macam musyikil je..
waaaaaa....
mana taknya, pagi-pagi aku dah rasa macam sayang je nak tinggalkan..
POKOK CILI kesayangan aku..
asyik kena tinggal je pokok cili tu.
itu lah satu-satunya perliharaan yang tinggal lepas ikan puyu aku mati 3,3 ekor serentak.. masih lagik dalam siasatan sama ada ikan-ikan puyu aku dibunuh oleh penunggu-penunggu nyang rapek atau mereka membunuh diri mereka sendiri...
aku tiba-tiba.. teringat pada etoi.. pada abang.. (of course la kan dia nih...)
mak ayah... paling sadis KERETA kesayangan aku...
adeeeehhhh asal nih????
aku memang akan pergi selamanya ke, eak???
aku memang tak kan kembali ke???
aku akan ada lagik ke eak??
atau aku.....
haaaaaiiihhhhh tak tahu lah..
semenjak aku ada masalah kecelaruan perasaan nih, banyak sangat benda tak baik berlaku
aku dengan cik ina dah tak sebulu (yang bertanduk tu suka la kan aku dah bergaduh dengan bos aku)
study aku lagik...
relationship antara aku dengan abang (ye la kan...)
nasib kawan-kawan sekeliling dan chatters ada membantu aku...
hurm.. pape lah.. hope korang doakan aku.. doakan aku tenang dan tenang semasa berada disana..doakan aku mendapat kebahagiaan dan dapat membangkitkan semangat aku untuk kerja, belajar, dan life.. huhuhu.. lepas balik sarawak aku dah atur satu benda untuk diri aku..
hope aku berjaya... amin....

p/s : yell... kek lapis dengan terubok ko nak tu nanti aku blikan tau.. jangan
sedih-sedih..
aku tahu kau rindu dia.. sebab aku pun sama.. hope dia
juga macam tu kan pada kau..
biar semua memendam di hati. ikut je
aturan yang tuhan dah bagi nih.. KUN FA YA KUN..
itu kuasa Allah..
yang kau tahu... relakan hati, menyayangi dan menyintai bukan makna

perlu memiliki... pengorbanan itu perkara paling manis yang dah kau
lakukan.. yang
penting dia tahu apa kau lakukan semua demi ia...senyum
yell.. aku rindu senyuman kau

Thursday, June 18, 2009

gabak mata

petang tadi aku jumpa abang..
aku dah cakap
aku datang nak bercakap terus terang dan apa aje yg aku rasa perlu aku cakap yang aku dah pendam kan selama ni..
so.. kira.. lega la masa tu.. sebab semua aku dah luah kan...
kami bincang pada topik yang agak santai..
pasal kereta.. tetiba...
" yell.. jom g melaka nak? ambik dashboard..takut tak de la nanti" ..
aku pandang je... dalam hati.. " biar benar dia nih.dah pukul bape dah nih."
aku cakap, " ley! tanya abang reen dgn abang bob dulu, then hantar keta yell.. amek yell kat umah" dengan jangkaan abang reen dengan abang bob mesti ada hal ni.. dah lewat sgt.
dan, dan tu dia tipon abang reen dgn abang bob.. abang dua orang tu memang hantu keta sket.. diorang on je.. huhuhu. kami g 2 kereta aku dengan abang.. abang reen dgn abang bob..
keje giler laaa.. dah lah kul 10 lebih malam baru nak gerak.. huhuhu.. biar beno aku nih.
dalam keta aku berbual santai dengan abang.. yela.. dah jadik kawan kan.. hikhikhik.. tiba-tiba dia cakap.. " adoi mampos, jap lagik mesti kakak tipon ni sebelum tido.." aku kerut kening.. aku jawab " apa masalah nya, cakap je la.." dia jawab " ish.. tak ley.. kalau dia tahu abang turun melaka beli barang keta, abes nanti dia bagi tahu mak abang nanti"..
haih.. dalam hati aku berbisik ".... alangkah indah bersahabat baik.. segala rahsia dan isi hati di kongsi.. walau tak berkongsi hidup sekurang-kurang nya. hati tetap bersatu.. sebab keserasian dan keselesaan...".. aku tersenyum sendiri... dalam senyum aku pahat dia abang aku sekarang...
malam tu kami sampai KL dalam kul 3 lebih... rabak mata siot...


[[((` yell `))]]

ketabahan.. [[( luahan yell )]]

hurm..
aku tak tahu nak cakap macam mana..
aku tahu berada di tempat dia adalah amat memedihkan
kerana aku juga pernah berada di situasi begitu..
aku dengan ini tekad untuk melepaskan dia..
aku undur diri..
untuk kesekian kalinya...
demi kebahagiaan orang yang aku sayang..
tiada yang lebih indah..
bila melihat dia bahagia..
walau pada semua orang..
aku sentiasa tersenyum..
pada dia juga...
tapi jujur.. hati aku pedih..
hati aku sakit..
walau sedikit lega..
tapi...
air mata tak pernah kering dalam hati aku..
menyayangi seseorang adalah memberinya kebahagiaan..
kata orang.. melepaskan bukan bermakna benci..
tetapi pengorbanan agar dia
sentiasa tersenyum kegembiraan..
itu yang aku buat..


hmm...
abang.. doa yell..
moga kita dipertemukan disyurga..
akan yell pinta pada yang Esa..
untuk menjadi bidadari disisi abang...
biarlah yell berkorban di dunia ini..
tapi yell tahu..
tuhan akan tunaikan permintaan yell
di alam hakiki..
akan yell dampingi abang dengan penuh kasih sayang..
lebih dari apa yang yell ingin sumbangkan sebagai seorang isteri di dunia ini..
yell tetap akan menyayangi abang..
tak lebih dari cinta yell pada Illahi..
itu yell pasti..


[[((""~ yell ~""))]]

Monday, June 15, 2009

best nye..huhuhu

pagi tadi aku drive dgn penuh berhemah..
sebabnya, aku awal sangat kuar..
buat apa nak terkejar2 kan... macam mana jem sekali pun kompem aku selamat sampai sebelum waktu nya.. hehehe..
masa aku tgh khusyuk bawa kereta aku nampak 1 motor ni dgn pembonceng sekalik..
waaa.. best nye suami isteri ni.. isteri dia peluk erat suami dia.. huhuhu dalam aku berbisik... "waaaaa bila lak aku nak dapat macam nih" (bukan adegan berpeluk ea.. tapi suami..) aku terasa apa yang isteri tu rasa. mesti dia rasa sangat kuat dan tabah bila suami dia dekat dengan dia.. huhuhu. so sweeetttt.. tapi aku terpikir juga.. ramai pasangan kat luar sana yang berantakan.. kadang2 masalah kecil je. memang kita tak boleh nak kata apa.. memang diorang bercerai tu sebab bukan jodoh diorang yang sebenar.. tapi banyak yang aku tengok diorang berkelahi di sebab kan ego.. baik perempuan.. baik lelaki.. yang kesian sapa?? kat anak juga.. kalau yang ada anak2 laaa..
hurm, aku paham bukan semua boleh berlaku macam yang kita nak.. memang tiada manusia yang sempurna dalam dunia ni.. tapi... kalau kita sama-sama berusaha untuk menjadi sempurna.. cuba lengkap melengkapi antara satu sama lain.. mesti sedikit saja kekurangan yang ada pada dunia ni.. kan? kan? kan? heheeheh.. err.. korang paham kan entri aku nih???

klik iklan ni tak kena bayar pun